Susulan Insiden Terusan Suez, Pemilik Kapal Ever Given Diarah Bayar AS$900 Juta!

1,009

Mahkamah Mesir mengarahkan kapal kontena Ever Given disita sehingga pemiliknya membayar AS$900 juta kepada Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) sebagai ganti rugi kerana menghalang laluan penting tersebut selama hampir seminggu.

Lapor Bernama, permohonan menyita kapal berkenaan dikemukakan di SCA di mahkamah ekonomi Ismailia.

SCA menuntut kapal terbabit ditahan sehingga semua perbelanjaan menyelamat dan penyelenggaraan serta kos kerugian lalu lintas sepanjang enam hari dibayar sepenuhnya.

Kapal yang didaftarkan di Panama itu kini ditempatkan di bawah pengawasan mahkamah, selaras dengan Artikel 6 undang-undang dagangan maritim Mesir sehingga pengendali Ever Given memenuhi tuntutan SCA.

Pegawai mahkamah dilaporkan telah pergi ke lokasi kapal berkenaan berlabuh di Tasik Bitter semalam bagi memaklumkan perkara terbabit kepada kru kapal.

Dalam pada itu, ketua SCA, Osama Rabie memberitahu kepada akhbar Youm7, insiden Ever Given tersadai di Terusan Suez masih dalam siasatan dan rumusannya akan diumumkan esok.

SCA menganggarkan jumlah kerugian perdagangan global akibat insiden itu bernilai AS$1 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat