Susulan Mesyuarat Polisi RBA, AUD/USD Antara Pasangan Matawang Tumpuan Pelabur

484

Carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD antara yang menjadi tumpuan pada dagangan hari ini susulan bank pusat Australia mengumumkan penetapan kadar faedah untuk mesyuarat polisi Julai.

Reserve Bank of Australia (RBA) menurunkan kadar faedah dari 1.25% kepada 1.00% untuk mesyuarat kali ini sekali lagi selepas penurunan pada mesyuarat Jun lalu. Penurunan kali ini mencatatkan sejarah kadar terendah ditetapkan oleh bank pusat.

Dagangan Aussie berbanding USD melakukan penurunan susulan kadar faedah diturunkan namun kembali menlonjak semula dengan ketiadaan petunjuk tambahan penurunan kadar oleh bank pusat. RBA menyatakan tindakan penurunan adalah bersesuaian dengan unjuran ekonomi global dan menyokong pertumbuhan pasaran buruh serta kadar inflasi Australia.

Kenaikan harga pada carta AUD/USD menguji paras Magic Pivot 0.6985 pada indicator Moshed Magic Line hari ini dan perlahan pada awal dagangan sesi Eropah.

Berkemungkinan harga akan kembali membuat penurunan semula dengan sentimen yang masih kukuh buat matawang dolar Amerika bakal menekan harga ke paras lebih rendah. Hubungan dagang antara Amerika Syarikat yang dilihat kembali pulih nyata memberikan impak positif terhadap dagangan USD untuk permulaan suku tahun ketiga.

Penurunan harga dijangka akan cuba melepasi paras terendah harian semalam pada 0.69600 yang diuji sebentar tadi sebelum menguji pula paras tumpuan pada zon RBS (resistance become support) sekitar 0.6935 (MagicS1).

Penurunan lebih rendah dijangka menjadikan paras support 0.6906 (MagicS2) sebagai destinasi tumpuan yang seterusnya juga pada zon RBS sebelum ini.

Sebaliknya jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, kenaikan harga akan menguji paras resistance 0.7014 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum cuba mengatasi paras ketinggian pada pembukaan harga semalam.

Kenaikan tertinggi harian mampu mencapai paras sehingga sekitar 0.7092 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance) dan turut menjadi tumpuan pada carta AUD/USD sebelum ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan anda.

Paras support: 0.6935, 0.6906, 0.6856.

Paras resistance: 0.7014, 0.7064, 0.7092.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat