Sweden Juga Mahu Mengetatkan Undang-Undang Kripto!

536

Sekali lagi sektor kripto menjadi perhatian penyelia apabila kali ini Sweden pula dikatakan akan memperketatkan undang-undang aset digital di negara itu.

Walaupun menerima kritikan berkaitan keselamatan dan keutuhannya sebagai aset, sektor kripto terus meraih populariti dan berkembang. Misalnya, bank-bank Wall Street seperti Goldman Sachs Group Inc, Bank Singapura DBS, dan Citigroup telah menawarkan perkhidmatan berkaitan kripto.

Gabenor Riksbank, Stefan Ingves menjelaskan perkara ini semakin mendapat liputan dunia. Apabila pengguna semakin tertarik dengan matawang kripto, jenayah penyelewengan wang juga berpotensi untuk meningkat.

Buat masa sekarang, pihak kerajaan sudah beraksi dalam mengetatkan standard undang-undang untuk platform pertukaran kripto. Menteri kewangan, Asa Lindhagen menyifatkan usaha tersebut berada pada ‘tahap antarabangsa’.

Khabar ini merupakan khabar terbaru yang tidak menyenangkan selepas China bertindak memangkah pasaran kripto dengan menyekat sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan Bitcoin dan matawang kripto yang lain.

Securities and Exchange Commission (SEC) juga turut mula serius mahu mengetatkan undang-undang kripto dengan harapan dapat bekerjasama dengan kongres bagi merealisasikan usaha tersebut.

Ketika penulisan, Bitcoin (BTC) dan Ethereum (EHT) didagangkan pada $36,480, dan  $2,620, masing-masing susut hampir 1% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat