Citigroup Mahu Lancarkan Perkhidmatan Pelaburan Kripto

2,465

Selepas khabar baik daripada bank-bank di Amerika Syarikat (AS) mahu menyokong perdagangan kripto, kali ini perbankan Citigroup Inc. mengumumkan akan melancarkan perkhidmatan kewangan dan pelaburan kripto.

Menurut ketua pertukaran matawang asing Citigroup, Itay Tuchman, mereka mengambil keputusan itu kerana peningkatan minat terhadap Bitcoin (BTC) dalam kalangan majoriti kliennya sejak Ogos lalu.

Mereka tidak bercadang untuk menjadikan usaha itu sebagai perdagangan proprietari, sebaliknya mahu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka dengan pertimbangan dalam pelbagai aspek.

Bagaimanapun, pelancaran tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Jelas Tuchman, mereka akan memulakan usaha itu apabila sudah yakin untuk membangunkan sesuatu yang bermanfaat kepada kliennya dengan sokongan daripada pihak penyelia.

“Saya tidak FOMO kerana saya yakin sektor kripto akan bertahan. Ini bukan perlumbaan dan ruang ini tidak dimenangi oleh sesiapa pun,” jelasnya.

Citigroup merupakan institusi terbaru yang mahu menyertai sektor ini selepas Goldman Sachs, Morgan Stanley, Bank of New York Mellon dan banyak lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat