Syarikat Alibaba Semakin Menjadi Perhatian Para Pelabur!

1,074

Berdasarkan laporan pendapatan sukuan yang dikeluarkan, Alibaba (BABA) telah berjaya mencantas pesaing terdekatnya iaitu JD.com (JD) dan Tencent (OTCPK:TCEHY) dari segi pertumbuhan hasil syarikat. Hasil tahunan Alibaba telah mencatat pertumbuhan sebanyak 39% YoY, jauh kehadapan mengtasi JD.com yang mencatat pertumbuhan hasil tahunan 21% dan Tencent 16%.

Kita dapat menjangkakan bahawa trend ini akan diteruskan dalam suatu jangka masa kerana Alibaba semakin rancak meluaskan jajahannya dan menawarkan perkhidmatan yang baru.

Pada hari ini, saham Alibaba melambung naik selepas Stifel memasukan Alibaba Group Holding Ltd kedalam senarai syarikat yang diperhatikan walaupun syarikat tersebut terhimpit ditengah-tengah perang dagang antara US dan China.

Pada hari Jumaat, saham Alibaba telah naik sebanyak 1.3% kepada $155.51 per unit.

Walaubagaimanapun, Alibaba harus berjaga-jaga dengan syarikat e-commerce yang sedang meningkat naik iaitu Pinduoduo yang telah mencatat pertumbuhan 181% dalam tempoh masa 12 bulan. Hal ini akan menjadi cabaran besar kepada Alibaba.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat