Syarikat Gergasi Fintech Ini Bakal Membawa Perubahan Positif Dalam Industri Crypto

701

Money Foward Inc, merupakan sebuah syarikat gergasi fintech Jepun baru sahaja mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan sebuah pertukaran matawang crypto pada tahun 2018.

MF Financial Co merupakan syarikat subsidari kepada Money Foward Inc yang dilancarkan pada hari Rabu. Syarikat tersebut akan memulakan operasinya dalam membina sebuah platform perdagangan matawang crypto.

MF merencanakan untuk melancarkan media platform pertukaran crypto pada musim panas tahun 2018. Kemudian, mereka akan mengusahakan pembinaan pertukaran matawang crypto dan membangunkan sistem.

Syarikat Jepun tersebut memilki 5.5 juta pengguna pada tahun 2017 termasuk 500,000 perniagaan Jepun dan 2,400 firma perakaunan yang menggunakan sistem pengkomputeran awan untuk akaun percukaian.

MF juga mengumumkan bahawa mereka telah selesai alatan penambahbaikan untuk kegunaan pelabur matawang crypto. Penambahbaikan itu bakal membenarkan pelabur untuk akses kepada akaun crypto, dimana akaun tersebut mengandungi data daripada 20 pertukaran matawang crypto domestik dan luar negara.

Dalam minggu ini juga, sebuah bank terbesar Jepun, Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) mengumumkan kerjasama dengan Akamai bagi membina blockchain baru untuk meningkatkan kepantasan dan mengurangkan kos transaksi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat