Syarikat Ini Nampakkan ‘Kereta Terbang’ Pertama Dunia Yang Sebenar!

277

‘Lambat! Malaysia dah lama ada Myvi terbang.’

Syarikat start-up berteraskan automotif dari Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pandang awal (teaser) kereta terbang pertama dunia iaitu ‘Model A’ yang mampu mencapai jarak penerbangan sejauh 160 kilometer.

Menerusi pengasas Alef Aeronautics, Jim Dukhovny, imiginasi kereta terbang bakal bertukar realiti dengan syarikat tersebut dikatakan berjaya menjalankan kajian terperinci untuk menggerakkan kenderaan darat ke langit.

Lebih mengejutkan lagi apabila Tim Draper, salah seorang pelabur awal Tesla Inc dan SpaceX milik Elon Musk, dengan beraninya meletakkan $3 juta wangnya ke dalam syarikat tersebut menerusi firma Draper Associates Fund V.

Draper turut mengatakan bahawa beliau akan menambah lagi dana selepas melihat kejayaan Alef mencipta prototaip dron kecil, selain memuji reka bentuk  Model A yang akan membuka sayapnya apabila terbang secara menegak.

Berbalik kepada Model A, kereta tersebut dilihat menyerupai kenderaan terbang seperti dalam filem AS pada tahun 1980-an.

Inspirasi utama Model A menurut Alef dikatakan mengambil ilham teksi terbang dari filem lakonan Bruce Wilis pada 1997, The Fifth Element.

Malah, Dukhovny sendiri yang merupakan seorang granduan sains komputer dan pereka perisian menjelaskan keseluruhan badan Model A adalah sayap yang akan membantu kereta tersebut terbang.

Jelas Dukhovny lagi bahawa sebaik sahaja terangkat dari tanah, kokpit akan berpusing, badan gentian karbon bergerak ke sisi dan terbang dengan pelbagai sokongan kipas.

Dalam pada itu, sebuah Model A dijual pada tanda harga $300,000 dengan pengeluaran dan penghantaran bermula pada 2025.

Selain itu, kereta terbang pertama dunia tersebut dikatakan mampu bergerak sejauh 322 kilometer dan bergerak 160 kilometer di udara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat