Syarikat Pemberi Pinjaman Kripto Ini Calon Mangsa Bankrap Seterusnya!

182

“Ini tanda-tanda nak bankrap kan kalau asyik nak pecat pekerja je.”

Susulan aliran kewangan yang semakin tidak kukuh, syarikat gergasi pemberi pinjaman mata wang kripto, Genesis Trading bertindak memberhentikan pekerjanya secara besar-besaran dengan pengurangan sebanyak 30%.

Genesis turut memfailkan bankrap berikutan mengalami sejumlah kerugian selepas memberi pinjaman sebanyak $2.4 bilion kepada syarikat Three Arrows Capital (3AC) dan ratusan juta dolar kepada Alameda Research pada tahun 2022.

Berbalik kepada penerangan asal, Genesis memberhentikan 20% daripada 260 pekerjanya pada musim panas 2022, namun prestasi syarikat tersebut makin lemah apabila berlakunya krisis FTX yang sehingga kini tidak menemui penyelesaian.

Sementara itu, syarikat exchanger kripto, Gemini yang telah bekerjasama dengan Genesis sejak dahulu telah menggantung pengeluarannya bernilai $900 juta apabila Genesis secara tiba-tiba menghentikan pembiayaan pinjaman baharu mereka.

Rentetan itu, Genesis berhasrat mendapatkan pinjaman kecemasan sebanyak $1 bilion untuk meneruskan lagi operasi perniagaannya.

Pada minggu ini pula, Derar Islim yang merupakan pengganti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genesis akan memikirkan cara untuk menyambung semula pengeluaran itu.

Jelaslah disini, kebanyakan pelabur mula meragui potensi Genesis apabila syarikatnya memberhentikan pekerja dan memfailkan bankrap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat