Syarikat-Syarikat Di Ukraine Ditutup, Sekatan Terhadap Rusia Mula Dirasai

1,010

‘Kesan perang sudah mula dirasai, Ukraine terus berdarah.’

Beberapa syarikat yang beroperasi di Ukraine bertindak untuk menutup kilang dan perkhidmatannya, ekoran sekatan yang dikenakan terhadap Rusia yang bertindak menyerang Kyiv.

Pada Khamis semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah mengumumkan sekatan yang lebih ketat terhadap Rusia selepas Presidennya, Vladimir Putin melancarkan serangan di bandar-bandar utama Ukraine.

Antara syarikat yang menutup operasi kilangnya adalah Cola Cola HBC serta United Parcel Service (UPS) dan FedEx yang menggantung perkhidmatan mereka di Ukraine selepas diserang Rusia.

Selain itu, ruang udara Ukraine turut ditutup selepas tentera Rusia melancarkan serangan peluruberpandu, seterusnya memaksa 4 buah kapal terbang milik Wizz Air, syarikat penerbangan bajet rendah Ukraine tersangkut di Kyiv dan Lviv.

Ekoran daripada itu, pengawal selia penerbangan Eropah mengeluarkan amaran keselamatan dengan menasihati syarikat-syarikat penerbangan lain untuk ‘berhati-hati’ semasa terbang melalui ruang udara Rusia.

Gergasi perkapalan dunia, Maersk turut menghentikan operasi di pelabuhan Ukraine dan menutup pejabat operasinya di Odessa manakala syarikat penghantaran kargo dari Denmark, DSV menggantung operasinya di negara itu.

Saham syarikat utiliti German, Uniper dan pemegang sahamnya dari Finland, Fortum, mengalami kejatuhan ekoran mempunyai kepentingan besar di Rusia serta kepentingan $1 bilion dalam projek paip gas Nord Stream 2 yang disekat.

Saham BASF, syarikat kimia Jerman dan pemilik bersama Wintershall Dea dengan kumpulan pelabur LetterOnce milik jutawan Rusia Mikhail Fridman, turut terjejas.

Dalam pada itu, bank domestik terbesar Britain, Lloyds mengeluarkan amaran berkenaan serangan siber dari Rusia sementara beberapa syarikat-syarikat utama bahan mentah akan terjejas.

Pembuat enjin jet Rolls-Royce dan Safran mengumumkan mereka telah meningkatan bekalan titanium. Titanium kebanyakannya dibekalkan oleh Rusia, iaitu sebanyak 20% dan penggunaannya semakin meningkat kebelakangan ini dengan pembuat kapal terbang menggunakan bahan itu untuk membuat jet lebih ringan.

Syarikat cip besar berkata mereka menjangkakan gangguan rantaian bekalan berterusan kerana Ukraine membekalkan lebih daripada 90% ‘neon gred semikonduktor’ kepada AS yang digunakan untuk laser dalam pembuatan cip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat