Syarikat Tidak Tinggal Diam, 2,6000 Mesin Perlombongan Diterbangkan Ke Kazakhstan!

4,046

BIT Mining iaitu sebuah syarikat perlombongan bitcoin (BTC) yang berpusat di Shenzhen dilaporkan telah mula memindahkan mesin perlombongan Bitcoin ke negara Kazakhstan.

Syarikat perlombongan Bitcoin yang tersenarai di Bursa Saham New York mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa syarikat mereka telah memindahkan mesin perlombongan fasa pertama ke negara Asia Tengah. Kelompok pertama yang dihantar mempunyai 320 mesin perlombongan bitcoin dengan jumlah kuasa pengkomputeran 18.2 petahash sesaat.

Menurut BIT Mining, operasi ‘mining’ dijangka beroperasi pada 27 Jun. Dalam masa yang sama,kelompok kedua yang berjumlah 2,600 mesin menjelang 1 Julai.

Langkah itu hadir selepas pihak berkuasa China mengarahkan 26 pusat perlombongan Bitcoin (BTC) di Sichuan, salah satu daerah China yang merangkumi aktiviti perlombongan diarah tutup pada 20 Jun. Justeru, langkah proaktif harus diambil bagi memastikan perlombongan Bitcoin dapat diteruskan.

BIT Mining mengatakan dalam pengumuman bahawa anak syarikatnya Ganzi Changhe Hydropower Consumption Service Co menerima notis pada hari Sabtu yang memaklumkan bahawa bekalan kuasa akan ditamatkan pada jam 9 malam waktu Beijing, 19 Jun. Pusat Data Ganzi Changhe dilaporkan menyumbang sekitar 3% dari jumlah pendapatan Syarikat pada bulan Mei 2021,

Ganzi adalah salah satu dari tiga wilayah pegunungan di sebelah barat daerah Sichuan dekat dengan Tibet yang terkenal dengan pusat perlombongan bitcoin kerana sumber hidroelektrik yang banyak.

Disisi yang lain, turut menyaksikan perpindahan mesin perlombongan dari syarikat-syarikat lain. Firma logistik Guangzhou pada hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya 3,000kg lambakan mesin perlombongan bitcoin dari China telah dipindahkan ke Maryland, Amerika Syarikat (AS).

Bitcoin (BTC) pada hari ini meneruskan ‘terjunan ngeri’, di bawah paras $30,000 dengan nilai semasa penulisan direkod di paras $29,612.01 menyusut hampir 10% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat