Syarikat Uber dan Lyft Dijangka Akan Terus Rugi Pada Suku Kedua

264

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan kenderaan, Uber Technologies Inc. dan Lyft Inc. dijangka akan terus mencatatkan kerugian selepas penyenaraian di pasaran saham AS sekitar April dan Mei yang lalu.

Namun apa yang lebih membimbangkan ialah syarikat ini telah kehilangan dua pegawai operasi dan pemasaran mereka. Uber memberitahu perkara itu berlaku hanya selepas seminggu mereka mengumumkan laporan kewangan buat kali yang pertama. Lebih parah apabila tiga lagi ahli lembaga mereka turut meletak jawatan dan menyebabkan mereka kekurangan pekerja.

Beberapa penganalisa berpendapat Uber bakal mengenakan caj yang tinggi di kawasan yang kurang didominasi pesaing utama mereka, Lyft bagi memberi peluang kepada pemandunya memperoleh lebih banyak keuntungan.

Uber yang bakal mengumumkan laporan kewangan mereka pada 8 Ogos ini dijangka mencatat kerugian lebih $3 bilion manakala Lyft yang akan mengeluarkan laporan kewangan sehari sebelum itu dijangka hanya merekodkan kerugian sekitar $500 juta kerana sebahagian kerugian telah dicatatkan pada laporan kewangan yang lepas.

Uber yang diapungkan dalam pasaran pada harga $45 ditutup pada harga $40.40 turun 10% manakala Lyft juga jatuh sebanyak 18% pada harga $58.61 berbanding harga apungan $72.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat