Tabung Haji Jalin Kerjasama Untuk Perkukuh Prestasi Theta Edge Bersama Arcadia

557

Kerjasama strategik antara Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Arcadia Acres Sdn Bhd di Theta Edge Bhd akan mengukuhkan prestasi kewangan Theta serta kedudukan pasaran melalui kerjasama perniagaan baru untuk peningkatan pendapatan dan kedudukan yang lebih kukuh dalam industri teknologi.

Pada akhirnya ia akan meningkatkan nilai pelaburan TH dalam situasi yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

TH telah menandatangani kerjasama bersama Arcadia Acres, sebuah syarikat Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan nilai pelaburannya di Theta Edge.

Arcadia yang mempunyai prestasi yang kukuh dalam industri teknologi IT akan memperoleh 30.3% kepentingan ekuiti di Theta menjadikannya pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat yang terlibat dalam intergrasi sistem IT dan perkhidmatan kejuruteraan telekomunikasi.

TH walau bagaimanapun, akan terus menjadi pemegang saham tunggal terbesar Theta dengan kepentingan ekuiti bernilai 38.4%.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan Arcadia Acres sebagai rakan strategik dalam usaha untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan Theta.

Sementara itu, pengarah Arcadia iaitu Zainal Abidin Jalil mengatakan syarikat itu telah menunjukkan rekod prestasi di Dagang Nexchange Bhd di mana ia menjadi pemegang saham tunggal terbesar yang mendorong transformasi strategik dari bekas syarikat berkaitan kerajaan menjadi syarikat yang didorong oleh usahawan dengan perniagaan teras dalam IT /e-khidmat dan tenaga.

Beliau menyatakan bahawa mereka mempunyai rekod prestasi yang terbukti untuk bersama-sama dengan TH dalam meningkatkan perniagaan bagi memanfaatkan permintaan pasaran untuk penyelesaian inovatif.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat