Tabung Haji Kekalkan Jaminan Dalam Melindungi Kepentingan Ahli

56

Menerusi satu kenyataan, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengotakan jaminan untuk menambah baik tadbir urus korporatnya dalam melindungi kepentingan kepada semua 8.3 juta ahlinya.

TH juga memastikan bahawa operasi hariannya akan terus berjalan seperti biasa meskipun wujud cadangan untuk meningkatkan kualiti dalam pengurusan dan operasinya serta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pengumuman mengenai penubuhan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 14 Julai.

Setakat ini, jumlah deposit ke tabung haji yang diterima adalah sebanyak RM82 bilion dan merupakan rekod tertinggi sejak ditubuhkan pada 1963.

Susulan itu, TH merasakan ia sebagai penghargaan di mana telah mencerminkan kepercayaan masyarakat yang semakin meningkat terhadap Tabung Haji.

Setiap pelaksanaan yang direncana akan dituruti dengan jaminan kerajaan terhadap simpanan yang ditetapkan di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995.

Meneliti kepada keupayaan yang ada termasuk aset, liabiliti dan kepakaran sumber manusia, aspek terbabit telah mendorong TH untuk mencadangkan agar kajian yang lebih komprehensif dapat dilakukan oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan BNM.

Dengan kedudukan kewangan yang lebih kuat, stabil dan berintegriti serta reputasi TH sebagai institusi kewangan Islam merupakan aspek yang penting untuk memastikan orang ramai kekal yakin terhadap TH.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat