Tahap Hutang Isi Rumah Negara Terus Meningkat!

319

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa tahap hutang isi rumah secara keseluruhan masih tinggi iaitu pada 82.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi separuh pertama tahun 2019, menjadikan ia kekal menjadi isu utama kepada Malaysia dengan pinjaman untuk membeli harta kediaman terus mendorong kepada peningkatan hutang.

Berdasarkan daripada laporan Kajian Kestabilan Kewangan oleh BNM, agregat aset kewangan isi rumah terus meningkat dengan kadar lebih cepat daripada hutang, sekali gus mengekalkan penampan aset kewangan isi rumah pada 2.2 kali hutang.

Risiko terhadap pembayaran balik hutang masih ada walaupun kebanyakan isi rumah mampu membayar balik hutang mereka dengan konsisten kerana terdapat peminjam yang mempunyai pendapatan tidak menentu.

Antara yang terbeban dengan harga harta kediaman yang tinggi adalah golongan berpendapatan rendah menjadikan mereka antara yang paling terdedah kepada masalah kewangan kerana keadaan kewangan yang terhad.

Walaupun hutang isi rumah yang dipegang oleh peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mencatatkan penurunan sejak beberapa tahun lalu, leveraj peminjam tetap meningkat.

Hal ini berlaku disebabkan oleh pinjaman perumahan yang lebih mudah diperoleh di bawah pelbagai jenis skim bantuan pinjaman yang diperkenalkan sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, risiko kestabilan kewangan masih dapat dikawal berikutan pendedahan bank yang rendah kepada peminjam berisiko tinggi kerana pihak bank mengekalkan amalan pemberian pinjaman yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat