Tahap Keselamatan & Kebersihan Dipertingkatkan, AirAsia Sedia Sambung Beroperasi

297

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengatakan bahawa AirAsia Group kini sudah bersedia untuk kembali terbang dengan tahap keselematan dan kebersihan dipertingkatkan.

Menurut beliau, ia akan dibarisi dengan kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya dan akan mengambil langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan yang tertinggi.

Hal itu dinyatakan setelah terdapat jangkaan bahawa sektor penerbangan dijangka akan memulakan semula perjalanan udara dalam waktu yang terdekat.

“Kami bersedia untuk kembali terbang dengan mewajibkan semua kakitangan operasi dan barisan hadapan seperti juruterbang, kru kabin dan kakitangan lapangan terbang divaksin sepenuhnya sebelum kembali bertugas,” kata Fernandes.

Beliau juga menambah bahawa dengan protokol kesihatan dan kebersihan serta prosedur operasi standard yang lebih ketat akan memastikan para penumpang lebih terjamin sewaktu kembali terbang bersama AirAsia.

Langkah tersebut telah menjadikannya sebagai salah sebuah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar penerbangan di Airlineratings.com.

AirAsia turut menyediakan pelbagai pilihan pembayaran secara digital dan menerima pas masuk elektronik di semua lapangan terbang.

Selain itu, ia juga mengintegrasikan sistem daftar masuk melalui airasia super app dengan aplikasi kesihatan digital MySejahtera oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan prosedur daftar masuk kendiri agar lebih mudah dan lancar.

AirAsia Group dilihat komited untuk memastikan keselamatan kakitangan dan tetamu sebagai keutamaan mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat