Tahukah Anda Gaji Harian Elon Musk Cecah $1.8 Bilion?

914

Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk berjaya mengaut pendapatan hariannya bernilai $1.8 bilion hasil daripada lonjakan saham dari syarikat kereta elektriknya dalam tempoh dua bulan.

Saham Tesla dikatakan sebelum ini telah melonjak lebih 40% tujuh sesi menjadikan permodalan syarikat pada jumlah $259 bilion.

Permodalan pasaran Tesla secara puratanya bagi tempoh enam bulan telah mencecah rekod $138 bilion.

Secara keseluruhannya, Musk telah berjaya mencapai sasaran pertumbuhan kewangan Tesla yang turut diperlukan untuk mendapatkan hak ke atas tranche yang terdekat.

Bagi setiap tranche, Musk akan menerima pilihan untuk membeli 1.69 juta saham Tesla yang bernilai $350.02 setiap satu.

Pada harga saham Tesla, $1,397 buat masa sekarang, Musk secara amnya sudah dibenarkan untuk menjual saham yang berkaitan dengan penerbitan tranche pada Mei dan tranche akan datang dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih dari $3.5 bilion atau $1.8 bilion per tranche.

Tranche pertama Musk bernilai sekitar $700 juta pada Mei ketika diberi hak dan nilai tersebut kekal meningkat seiring dengan peningkatan harga saham Tesla.

Tesla telah melonjak naik 500% sepanjang tahun lalu berikutan peningkatan jualan syarikat terhadap sedan Model 3.

Pada minggu lepas, Tesla menyaksikan permintaan tinggi bagi suku kedua ke atas jenama itu, lebih tinggi dari jangkaan, sekaligus mengalahkan beberapa industri automotif yang terjejas kerana COVID-19.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat