Tak Boleh Buat Apa, USD Sambung Terjun!

1,833

Penderitaan US dolar tampaknya masih belum berakhir apabila pelabur diperlihatkan dengan penurunan yang berterusan raja mata wang itu pada pembukaan sesi Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan merosot pada sekitar harga 110.55 lebih parah daripada kejatuhan akhir dagangan Jumaat.

Minggu lalu, US dolar telah dikecewakan dengan bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menunjukkan tanda-tanda kelembapan dalam pasaran buruh berikutan kadar pengangguran meningkat lebih tinggi.

Dengan tersungkurnya US dolar pada sesi Eropah, mata wang euro dan pound melonjak lebih tinggi untuk memanfaatkan kelemahan mata wang gergasi itu.

Euro menokok tinggi dengan pergerakan harga menuju pariti $1, manakala pound sterling pula lebih kukuh pada 1.1430 berbanding US dolar.

Pada hujung minggu, Menteri Kewangan UK Jeremy Hunt sedang bersedia untuk mengumumkan £60 bilion kenaikan cukai dan pemotongan perbelanjaan.

Turut memperlihatkan keuntungan adalah mata wang berkaitan komoditi, dolar Aussie dan New Zealand yang pada sesi sebelumnya suram susulan berita daripada China yang masih lagi meneruskan dasar sifar Covid-19nya.

Dolar Kanada juga didagangkan lebih kukuh pada paras tertinggi satu bulan berbanding US dolar selain turut mendapat sokongan daripada dagangan minyak yang menguat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat