Tak Dapat Diselamatkan, Kejatuhan Aktiviti Ekonomi Eropah Semakin Dalam!

490

Menghiasi pembukaan pasaran sesi Eropah adalah penerbitan data PMI pembuatan dan perkhimatan dari Zon Eropah dan UK yang memperlihatkan bacaan menyuramkan pada bulan September.

Penguncupan aktiviti ekonomi di Zon Eropah semakin mendalam pada bulan ini dengan sektor perkhidmatan terjun ke paras terendah 19 bulan dan pembuatan pada paras terlemah 27 bulan.

Kejatuhan ekonomi utama Eropah, Jerman diterajui oleh penurunan lebih dalam sektor perkhidmatan ke paras terendah 28 bulan yang menyaksikan permintaan melemah dengan cepat ekoran lonjakan kos oleh pembekal perkhidmatan.

Sektor pembuatan Jerman pula jatuh ketara pada paras terendah sejak Jun 2020 berikutan penurunan pengeluaran bulan keempat berturut-turut dan harga input pembuatan yang meningkat dengan lebih pantas.

Perancis pula menyaksikan kemerosotan aktiviti pembuatan ke paras terendah 28 bulan dan perkhidmatan paling lemah 16 bulan. Kedua-duanya dilemahkan oleh kejatuhan permintaan disebabkan inflasi yang tinggi.

Seterusnya, meneliti bacaan data yang diterbitkan dari UK, aktiviti ekonomi dilihat merosot pada kadar terpantas sejak Januari 2021 susulan tekanan kos yang kekal tinggi dan permintaan berkurangan.

Kegawatan ekonomi UK semakin mendalam pada September kerana aktiviti perniagaan yang menurun menunjukkan bahawa ekonomi berkemungkinan mengalami kemelesetan.

Daripada data-data yang dikeluarkan ini dapat disimpulkan bahawa aktiviti ekonomi di Eropah semakin melemah sekali gus menambahkan lagi kegelapan terhadap prospek pertumbuhan di benua itu pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat