Tak Gurau Punya, Ekonomi Malaysia Tumbuh Mencucuk Langit!

9,373

‘Dengan pertumbuhan ekonomi yang baik, adakah kadar OPR akan lebih tinggi atau berkurangan nanti?’

Bacaan keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 8.9% pada suku ke-2 (Q2) berbanding catatan 5% sebelum ini.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), permintaan domestik yang kukuh di sebalik pemulihan stabil dalam pasaran buruh serta sokongan dasar pada April dan Mei antara penyumbang utama pertumbuhan ekonomi.

Perkara ini secara tidak langsung menandakan aktiviti ekonomi bergerak normal ketika negara beralih ke fasa endemik yang turut menyaksikan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Ulas BNM lagi, ekonomi Malaysia telah berkembang 6.9% dalam separuh pertama dan dijangka akan terus meningkat untuk baki 2022.

Melihat kepada rincian laporan, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menerajui pertumbuhan manakala permintaan eksport bagi produk eletrik dan eletronik (E&E) kekal pagan.

Ikuti ringkasan menyeluruh bacaan GDP Malaysia di bawah:

  • Penggunaan isi rumah meningkat 18.3% dari 5.5% pada Q1.
  • Pelaburan tetap menambah 5.8% dari 0.2% pada Q1.
  • Perbelanjaan kerajaan menyederhana 2.6% berbanding 6.7%.
  • Perdagangan luar negeri bersih dilihat negatif apabila eskport mencapai 10.4% sementara import melonjak 14%.
  • Pengeluaran perkhidmatan meraih 12% dari 6.5% pada Q1, pembuatan mengukuh 9.2% berbanding 6.6% dan pembinaan mencanak 2.4% berbanding -6.2%.
  • Perlombongan menurun -0.5% dari -1.1% dan pertanian menyusut -2.4% dari 0.1%.
  • Pada asas suku tahunan pelarasan musim, GDP berkembang 3.5% ekoran peningkatan 3.8% yang disemak menurun pada Q1.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat