Tak Habis Pacak Lagi GBP/USD, Sikit Lagi Akan Catat Rekod Tertinggi 8 Bulan!

417

Kenaikan lebih tinggi dipacu harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam yang terus merekodkan paras ketinggian terbaru sepanjang dagangan minggu ini.

Situasi kekal didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang kekal melemah dipengaruhi oleh penilaian pasaran terhadap kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang memberi isyarat untuk pelonggaran dasar monetari berlaku pada tahun ini.

Pelabur waspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi yang dijangka akan menggegarkan dagangan di sesi terakhir untuk minggu ini.

Meneliti carta GBP/USD, harga telah berjaya melepasi rintangan 1.27000 di awal minggu sebelum corak kenaikan dikekalkan sehingga semalam.

Kenaikan harian sekitar 80 pips semalam telah berjaya mencapai zon sasaran pada ketinggian 1.28000 sebelum harga perlahan berlegar di sekitar itu menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Isyarat kekal bullish, harga dijangka akan melanjutkan pendakian lebih tinggi mengatasi paras yang dicapai pada Disember 2023.

Kenaikan harga dijangka akan menuju paras 1.29000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 bulan.

Namun jika berlaku penurunan semula harga, susut dari zon 1.28000 akan menjangkakan harga menguji semula paras 1.27000 sebagai zon RBS (resistance become support).

Harga boleh turun lebih rendah selepas melepasi zon tersebut dengan sasaran untuk menuju pula paras sokongan sebelum ini pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat