Tak Hilang ‘Power’, GBP/USD Pacak Lagi 250 Pips Awal Minggu!

209

Mata wang Pound telah menamatkan dagangan minggu lalu dengan prestasi mengecewakan apabila jatuh menjunam walaupun selepas Bank of England (BOE) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang terbaru.

Namun, tidak terjangka buat pelabur apabila mata wang Britain itu kembali bangkit semula daripada kejatuhan minggu lalu ketika US dolar sedang mengalami ‘musibah’ di awal minggu ini.

US dolar terus bergerak susut pada Isnin semalam menyambung penyusutan yang berlaku selepas kesan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu yang mengecewakan.

Tumpuan minggu ini akan terarah kepada data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Khamis, sementara data pertumbuhan ekonomi UK pula akan diberi perhatian pada Jumaat.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam telah memaparkan kenaikan harian sehingga 250 pips untuk mengekalkan momentum bullish penghujung minggu lalu.

Harga memulakan kenaikan dari paras 1.13000 sehingga melepasi paras rintangan sasaran pada 1.15000 dan mencapai ketinggian sekitar 1.15400 di penghujung sesi New York.

Harga kemudiannya bergerak perlahan berlegar di atas paras 1.15000 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi Selasa ini.

Kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, harga dijangka akan meneruskan pergerakan bullish tersebut dengan sasaran untuk menuju kembali ke paras rintangan 1.16000.

Paras tersebut merupakan paras pembukaan harga pada dagangan awal minggu lepas sebelum akhirnya harga menjunam.

Untuk jangkaan penurunan semula harga di bawah zon 1.15000-1.14500, sasaran adalah pada sokongan 1.13000 semula sebelum harga yang susut di bawah paras MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah kemudiannya dilihat akan menghampiri paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.12000 dan zon support 1.11000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat