Tak Jadi Turun, Emas Melonjak Semula

679

Dagangan emas kembali meningkat menuju paras harga $1,990 per auns setelah didorong oleh kemerosotan matawang US dolar.

Spot emas melonjak tinggi dan diniagakan berlegar di sekitar harga $1,883 per auns, sementara niaga hadapan emas pula meningkat $1,888 per auns (12.20 tengahhari waktu Malaysia).

Dolar greenback kembali mencatatkan penyusutan berbanding pesaing matawang utamanya dengan diniagakan pada 94.19, susut dari paras ketinggian dua bulan setelah pasaran saham AS memaparkan peningkatan semula ketika sesi New York.

Turut menyokong dagangan komoditi emas adalah keyakinan bahawa kesepakatan dalam rundingan mengenai pakej rangsangan coronavirus baru AS akan dapat dicapai.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi semalam mengumumkan bahawa penggubal dasar Demokrat telah melancarkan rang undang-undang rangsangan tersebut yang bernilai $2.2 trilion. Namun, tiada penjelasan lanjut mengenai bila sesi pengundian akan dibuat.

Sementara itu, pelabur juga mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu perdebatan pilihan raya presiden pertama antara Donald Trump dan pesaing utamanya Joe Biden yang akan bermula pada hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat