Tak Kira Trump Atau Biden Yang Menang, USD Tetap Lemah?

1,089

Nilai US dolar untuk jangka panjang dijangka terus lemah tanpa mengira sama ada Donald Trump atau Joe Biden yang akan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang diadakan hari ini, menurut pelabur dan penganalisis hasil dari tinjauan Reuters.

Walaupun matawang itu kini menguat berbanding matawang utama, namun pada hakikatnya indeks dolar masih rendah kira-kira 9% dari paras tertinggi yang dicapainya pada bulan Mac. Malah, ini bakal menjadi tahun terburuknya sejak 2017, dilemahkan oleh jangkaan bahawa kadar faedah kekal di paras terendah untuk beberapa tahun akan datang.

Ramai pemain pasaran percaya bahawa kemenangan Joe Biden akan menekan matawang USD lebih rendah berikutan jangkaan bahawa beliau akan membuka pintu kepada dasar yang dilihat oleh pelabur sebagai ‘dollar-negative’, termasuk rangsangan fiskal besar-besaran.

Sementara jika Trump menang pula, prospek terhadap nilai USD adalah kurang jelas. Ini kerana, walaupun pendekatan Trump yang berperang dengan China akan meningkatkan tarikan USD sebagai aset safe-haven, tetapi kenaikan ini mungkin akan dijejaskan oleh faktor-faktor seperti hasil perbendaharaan AS yang negatif.

Kejatuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun di bawah paras sifar berikutan krisis pandemik Covid-19 tahun ini telah mengurangkan daya tarikan US dolar.

Menurut tinjauan yang dibuat Reuters pada September menunjukkan, penganalisis menjangkakan hasil perbendaharaan akan meningkat kepada 0.93% dalam tempoh 12 bulan. Bagaimanapun, tiada senario yang memperlihatkan bahawa trend penurunan USD semasa akan terhenti, memandangkan hasil sebenar AS tetap cenderung ke arah negatif.

Selain itu, kadar faedah yang rendah juga merupakan salah satu faktor kepada kelemahan USD. Sebelum ini kadar faedah AS yang relatif tinggi berbanding negara maju lain telah menyokong matawang USD dengan menjadikannya lebih menarik kepada pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat