Tak Kisah Dipinggirkan, Rusia Lebarkan Sayap Dalam Pasaran Kripto!

188

“Cari alternatif lain, Rusia tak mengalah walaupun dikenakan pelbagai sekatan.”

Selepas Rusia mulakan serangan ke atas Ukraine pada Februari tahun lalu, negara Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bertindak mengenakan sekatan sehingga perdagangan antarabangsa Rusia terkesan.

Namun sejak sekatan dikenakan, Rusia dilihat lebih mendalami teknologi blockchain dan mata wang kripto sebagai kaedah baharunya.

Menurut Gabenor Bank Rusia Elvira Nabiullina, negaranya sedang berada dalam proses menyediakan draf undang-undang yang dapat membenarkan penggunaan kripto dalam penempatan perdagangan antarabangsa.

Suka dimaklumkan Bank of Russia pada September 2022 turut berhasrat meluluskan penggunaan kripto untuk penyelesaian rentas sempadan.

Menerusi laporan Agensi Telegraf Kesatuan Soviet (TASS), Bank of Russia akan menjalankan ujian dalam regulatory sandbox* sebelum meneruskan rancangan tersebut.

*Persekitaran kehidupan sebenar yang menguji teknologi, produk, perkhidmatan atau pendekatan yang inovatif, yang tidak mematuhi sepenuhnya rangka kerja perundangan dan kawal selia sedia ada

Sekiranya penggunaan kripto di Rusia untuk penempatan rentas sempadan terbukti berjaya, pasti selepas ini banyak negara mungkin akan mula berminat terhadap aset digital berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, kerajaan Rusia rancang mewujudkan institusi baharu untuk aktiviti mining aset digital dan mengawasi penggunaannya dalam transaksi di samping menyelesaikan perdagangan minyak serta gas melalui Bitcoin (BTC).

Menjelang Jun tahun lepas, konglomerat pertahanan state-owned Rusia digelar Rostec Group mendedahkan bahawa mereka telah membangunkan platform blockchain yang boleh gantikan SWIFT, iaitu rangkaian pilihan tradisional untuk transaksi rentas sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat