Tak Kisah! Menteri Jerman & Perancis Suka Facebook Ditutup

758

Para menteri Eropah dah lama stop guna Facebook, menteri dekat Malaysia saja masih guna.

Ahli politik Jerman dan Perancis tidak kisah dengan ancaman Meta Platform Inc yang ingin menutup aplikasi Facebook ekoran peraturan undang-undang Eropah yang menghalang sebarang data di bawa keluar dari zon Eropah.

Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck dan Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire menyatakan kehidupan mereka menjadi lebih baik sejak tidak menggunakan Facebook dan Twitter selama 4 tahun.

Tambah Le Maire lagi, dia berasa hidup tanpa Facebook jauh lebih bagus dan meminta gergasi digital lain untuk memahami kehendak benua Eropah yang menentang dan mengesahkan kedaulatannya.

Komen tersebut telah dikeluarkan oleh mereka sebagai maklum balas mengenai ancaman Meta mengenai penutupan Facebook kerana syarikat gergasi teknologi tersebut memerlukan data pengguna untuk memberi cadangan produk dan pekhidmatan kepada pelanggannya.

Sementara itu, Le Maire telah menyenaraikan cara kerajaan Eropah mencabar gergasi teknologi lain termasuk memperkenalkan peraturan privasi, cukai dan menyekat pembangunan mata wang digital.

Dalam satu berita berasingan, bilionair dan pelabur Facebook milik Meta Platform Inc, Peter Thiel telah memutuskan untuk mengundur diri dari syarikat tersebut.

Thiel merupakan salah seorang pelabur terawal dalam rangkaian media sosial tersebut selain berkhidmat sebagai pengarah sehingga mesyuarat pemegang saham tahunan Meta.

Telah telah mula berlabur dalam Facebook pada 2004 dengan modal $500,000 pada penilaian $5 juta untuk kepentingan 10% dalam syarikat tersebut dan sebagai lembaga pengarah.

Ketua pegawai eksekutif syarikat, Mark Zuckerberg menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada Peter Thiel atas segala usahanya selama ini dalam membangunkan Facebook.

Menurut The Wall Street Journal, Theil berhasrat untuk menumpukan usahanya dalam membantu calon Republikan, Donald Trump dalam pilihan raya pertengahan 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat