Tak Kuat Nak Naik Tinggi, Harga Minyak Jatuh Lagi

202

Minyak mentah terus diniagakan rendah pada Selasa didorong oleh kebimbangan terhadap kelemahan permintaan global ketika jumlah kematian akibat Covid-19 kini telah melebihi angka 1 juta di seluruh dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut pada $42.66 setong, manakala WTI Amerika Syarikat didagangkan rendah pada $40.39 setong.

Harga minyak pada mulanya melonjak pada sesi dagangan New York, diangkat oleh harapan bahawa kesepakatan untuk meluluskan pakej rangsangan coronavirus baru $2.2 trilion akan dapat dicapai.

Bagaimanapun, ketidakpastian untuk mendapat persetujuan Senat, di mana kuasa majoritinya dimiliki oleh parti Republik telah membataskan kenaikan bagi dagangan komoditi hitam itu.

Sedia maklum bahawa rundingan mengenai pelan rangsangan sebelum ini menemui jalan buntu berikutan ketidaksefahaman antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, kekhuatiran terhadap penawaran minyak berlebihan turut menekan dagangan komoditi hitam ekoran peningkatan pengeluaran sehingga 3 kali ganda atau 250,000 tong sehari oleh Libya.

Peningkatan berterusan dalam kes Covid-19 terus menambah kesuraman terhadap permintaan minyak yang sedia lemah, di mana jumlah kes dan kematian seluruh dunia masing-masing telah melebihi 33 juta dan 1 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat