Tak Masuk Akal! Kadar Faedah Argentina Naik Sampai 97%

382

Kenaikan kadar faedah Malaysia kepada 3% baru-baru ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada sebahagian rakyat yang bergelut dengan bayaran pinjaman.

Namun tanpa sedar situasi di Argentina sebenarnya lagi dahsyat, di mana kadar faedahnya baru sahaja dinaikkan sehingga 97%!

Kenapa tinggi sangat?

Pertama sekali, kita tak boleh membezakan keadaan ekonomi Malaysia dengan Argentina kerana situasinya sangat berbeza!

Mana taknya, kadar inflasi di Argentina telah mencecah 109% pada bulan April yang merupakan paras tertinggi sejak awal 1990-an, di mana ia mencapai 20,262.80%!

Jika dibandingkan pula dengan Amerika Syarikat, inflasi kini berada di bawah 5% setelah Federal Reserve menaikkan kadar faedah utama kepada 5.25%.

Namun pada masa ini, Argentina berada di belakang Venezuela dan Zimbabwe yang mempunyai inflasi lebih tinggi, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Susulan daripada langkah tersebut, bank pusat Argentina berharap kenaikan kadar akan memberi insentif kepada pelaburan dalam mata wang negara itu.

Inflasi yang terlalu tinggi mengakibatkan aliran keluar besar pelaburan yang dipegang dalam peso Argentina membawa kepada penurunan 23% dalam nilainya berbanding US dolar pada tahun ini.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat