Tak Puas Mendaki, Harga Minyak Melonjak 5% Pada Awal Minggu

117

Komoditi hitam kekal mempertahankan keuntungan pada hari Selasa di tengah-tengah jangkaan bahawa OPEC+ akan bersetuju untuk pengurangan besar dalam pengeluaran minyak mentah.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $89 setong susulan keuntungan lebih 4% yang dicatatkan pada sesi dagangan sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $83 setong selepas meningkat lebih 5% pada Isnin.

Laporan terbaru pada hujung minggu telah menawarkan isyarat bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, atau dikenali sebagai OPEC+, sedang mempertimbangkan potongan pengeluaran lebih 1 juta tong sehari pada mesyuarat yang akan berlangsung pada Rabu.

Hal ini telah meningkatkan harapan pasaran yang sebelum ini bimbang dengan permintaan yang terjejas akibat penutupan Covid-19 di China dan langkah pengetatan agresif bank pusat yang telah melonjakkan US dolar.

Dolar yang melonjak  menjadikan komoditi berharga dolar AS lebih mahal untuk pembeli luar negara dan ketidaktentuan berkaitan Covid dalam pengimport minyak mentah utama China turut mempengaruhi harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat