Tak Sangka! NFT ‘PhantaBear’ Penyanyi Taiwan Jay Chou Atasi Bored Ape Yacht Club (BAYC)

664

Siapa sangka koleksi siri non-fungible token (NFT) yang dihasilkan oleh artis terkenal Taiwan, Jay Chou berjaya mengatasi nilai Bored Ape Yatch Club (BAYC) untuk kali pertama dalam sejarah penjualan NFT.

Baru sebentar tadi salah satu koleksi Phanta Bear oleh PHANTACi, jenama hipster yang diperkenalkan oleh Chou; PHANTA BEAR #9999 telah terjual pada harga 148 ETH ($460.38 ribu, bersamaan RM 1.93 juta).

Rekod terbaru ini sekaligus mengatasi rekod jualan 4 koleksi BAYC – #4270; #1154; #1754; #224; #2020; dan satu daripada koleksi CryptoPunk, #4795.

Untuk pengetahuan, pada 1 Januari PHANTACi telah melancarkan 10,000 NFT dan kesemuanya terjual dalam 40 minit ketika harga lantainya cuma 0.26 ETH.

Bagaimanapun, ketika penulisan harga lantai bagi setiap PHANTA BEAR telah meningkat pada 5.88 ETH.

Tidak cukup dengan itu, jumlah dagangan NFT ini mencecah nilai 17,194.22 ETH, meningkat lebih 462% dalam seminggu, mengatasi rekod dagangan BAYC, 16,583.65 ETH dan Doodle, 16,407.14 ETH.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat