Tak Setuju Dengan Trump? Anda Dipecat!

621

Presiden Donald Trump telah memecat Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur Amerika Syarikat, Chris Krebs, kerana pernyataan yang didakwa tidak tepat mengenai keselamatan pilihan raya 2020 yang dibuat pegawai itu.

Trump mendakwa bahawa terdapat penyelewengan dan penipuan besar-besaran dalam proses pemilihan dan mengkritik Krebs kerana menolak sebarang penyelewengan yang dijumpai.

Beliau menjelaskan dalam ciapannya di Twitter bahawa dia percaya bahawa orang yang sudah meninggal dunia mengundi dalam pemilihan tersebut, serta terdapat gangguan di mesin pengundian yang mengubah undi dari Trump menjadi Joe Biden, dan banyak lagi.

Sebelum ini, Krebs mengatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan sistem pengundian dibuang atau berlaku kehilangan dan perubahan undi atau dengan cara apa pun telah dikompromikan seperti yang didakwa oleh presiden itu.

Susulan kenyataan itu, Krebs memberi isyarat pada minggu lalu bahawa beliau menjangkakan akan diberhentikan kerana tidak bersetuju dengan Trump.

Akhirnya, seperti dijangkakan, presiden itu memecat ketua pegawai keselamatan pilihan raya itu melalui satu ciapan di laman twitternya pada hari Selasa.

Trump telah berulang kali mengatakan bahawa pilihan raya itu adalah penipuan, walaupun tidak ada bukti yang membuktikan tuntuan tersebut dan kebanyakan agensi negeri dan persekutuan mengatakan pemilihan itu sah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat