Tak Tahan Kena Kurung, Pekerja Larikan Diri Dari Kilang iPhone

323

Barangkali sudah tidak tahan dengan sekatan Covid-19 yang bersilih ganti, pekerja kilang elektronik Foxconn di China melarikan diri dari kilang itu pada hujung minggu.

Foxconn yang merupakan pengilang terbesar bagi iPhone di bandar Zhengzhou adalah antara yang terkesan dengan dasar sifar Covid Presiden Xi Jinping.

Memetik laporan Financial Times yang melaporkan kenyataan daripada pekerja Foxconn, keadaan di kilang itu semakin membimbangkan berikutan masalah kekurangan bekalan makanan dan perubatan.

Sementara pekerja pula dikurung di bilik asrama untuk kuarantin, menyebabkan ratusan pekerja melarikan diri.

Menjadi pengeksport ketiga terbesar China pada 2019, kilang itu menghantar barangan elektronik bernilai $32 bilion ke luar negara.

Bertindak balas kepada laporan ini, Foxconn mengeluarkan tiga notis pada Ahad yang berjanji bagi mengatur laluan selamat kepada pekerja yang ingin keluar dan persekitaran bersih bagi mereka yang memilih untuk tinggal.

Dalam pada itu secara berasingan, sekatan terbaru itu dikatakan boleh menyebabkan China mengurangkan pengeluaran peranti Apple sebanyak 30% pada bulan November.

Susulan berita yang mendukacitakan ini, pelabur menyaksikan saham Foxcoon susut o.3% pada sesi Asia Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat