Tak Terhegeh-Hegeh, Polygon Lari Laju Ke $1!

264

“MATIC makin mengganas, tak nak dikalahkan kripto lain.”

MATIC, mata wang kripto layer-2 Solution Polygon mempamerkan daya tahan sangat kukuh apabila harganya yang melihat pendakian agresif sejak hampir sebulan lalu akhirnya berjaya menuntut semula $1 selepas melepasi zon rintangannya $0.94.

Memang tidak dinafikan penembusan itu mampu mendorong para pelabur membeli lagi sejumlah besar MATIC, tetapi momentum kenaikan harga yang semakin berkurangan dalam Bitcoin (BTC) boleh menjadi penghalangnya.

MATIC telah memasuki garis arah aliran pemulihan aktif pada akhir Januari 2024 apabila harga melantun semula daripada $0.72 kepada lebih $1 pada pagi ini, di mana ia melihat pergerakan naik berterusan secara beransur-ansur.

Dalam masa sebulan, harga MATIC mendaki hampir 40% bagi mencapai harga dagangan pemulihan kira-kira $1.01 dan di tengah-tengah lonjakan itu, pelabur didapati berpusu-pusu beli MATIC sehingga ia meneruskan kenaikan sehingga $0.94.

Suka dimaklumkan harga MATIC harus mengekalkan kedudukannya di atas $0.94 untuk menyasarkan pula $1.30 iaitu peningkatan 30%, tetapi jika gagal maka aset digital tersebut mampu tergelincir semula ke $0.88.

Umum mengetahui juga Polygon Labs dan VC Animoca Brands memfokuskan gaming telah meletakkan kelebihannya di belakang projek saingan dipanggil Humanity Project yang disebut-sebut sebagai kurang invasif dan lebih selamat.

Sehingga berita ini ditulis, harga MATIC yang didagangkan pada paras $0.98 telah mencatatkan junaman sedikit 0.56% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $9 bilion tetapi masih raih 14.32% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat