Tak Terkesan Dengan Pengukuhan USD, Harga Minyak Terus Naik

61

Harga minyak meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas menyaksikan penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat ke tahap terendah sejak 2018.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat tinggi pada $76.38 setong menjelang pembukaan sesi Eropah, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $72.38 setong.

Kedua-dua penanda aras telah melonjak 2.5% pada Rabu selepas data yang dikeluarkan menunjukkan kejatuhan stok minyak mentah AS ke tahap terendah sejak Oktober 2018.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak susut sebanyak 3.65 juta tong kepada 414 juta tong pada minggu yang berakhir pada 17 September.

Sebagai tanda permintaan bahan bakar yang kuat seiring dengan pelonggaran sekatan perjalanan kadar penggunaan kilang minyak di Pantai Timur meningkat sehingga 93%, iaitu kadar tertinggi sejak Mei 2019, menurut data EIA.

Kejatuhan yang dipamerkan oleh EIA ini membuktikan berlaku penurunan besar dalam bekalan minyak mentah AS yang telah terkesan oleh taufan Ida yang melanda fasiliti pengeluaran di Teluk Mexico lebih tiga minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat