Tak Usah Terangkan Korea Selatan Tahu, Inflasi Mencanak Di Setiap Penjuru

1,111

‘Curahkan kadar faedah padaku, biarku naikkan perlahan-lahan dulu.’

Meskipun situasi inflasi mencanak di setiap penjuru dunia, Bank of Korea (BOK) dilihat tidak gopoh dalam melaksanakan pengetatan monetarinya dengan mengatakan kenaikan kadar yang agresif tidak penting.

Perkara tersebut boleh disimpulkan melalui tindakan Gabenor BOK, Rhee Chang-Yong yang meningkatkan kadar belian semula 7 hari sebanyak 25 mata asas kepada 2.5%.

Kenaikan tersebut dilihat juga selari dengan jangkaan semua ahli ekonomi tinjauan Bloomberg.

Menerusi kenyataan rasmi Rhee, BOK akan meneruskan kenaikan kadar pada julat tersebut pada masa hadapan sambil berusaha mengekang harga dan menyokong mata wang bagi memastikan ekonomi terus ‘berdetik’.

Sebelum ini, Rhee pernah memberi isyarat pengetatan kadar secara beransur-ansur memandangkan kesan kos pinjaman yang lebih tinggi terhadap rekod hutang isi rumah membawa prospek ekonomi suram.

Sungguhpun begitu, suka diingatkan inflasi Korea Selatan kini telah mencanak ke paras tertinggi melebihi 2 dekad apabila pertumbuhan harga purata naik 5.2% daripada unjuran 4.5%.

Sebagai konteks BOK merupakan antara yang terawal di Asia Pasifik melakukan kenaikan 50 mata asas sejak pemulihan pandemik sebelum berundur lebih dovish tatkala Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mulai agresif.

Lantaran daripada tindakan tersebut, BOK telah mencapai garis pertengahan julat kadar neutralnya yang menandakan ekonomi tidak terlalu buruk mahupun terlalu baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat