Tambah Tekanan Hamas, Perbendaharaan AS Sekat Perniagaan Berkaitan Kripto Gaza!

306

“Hmm memang tahu dah perangai AS akan macam ni, makin curah minyak dalam api yang marak.”

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu semalam dilaporkan menyekat beberapa individu, entiti termasuk bursa berpangkalan di Gaza yang dikatakan menyokong operasi Hamas.

Bukan itu sahaja, sekatan tersebut turut menyasarkan Buy Cash Money and Money Transfer Company iaitu sebuah syarikat yang menurut Perbendaharaan mempunyai sejarah panjang dalam membiayai kumpulan Hamas.

Buy Cash yang sebelum ini terikat pada wallet dirampas oleh Biro Kebangsaan Israel untuk Pembiayaan Anti Pengganas pada 2021 telah dituduh membantu, menaja dan memberi sokongan kewangan, teknologi, barangan serta perkhidmatan kepada penyokong Hamas.

Kemudian, pemilik bursa kewangan Ahmed M. M. Alaqad turut dikenakan sekatan pada 18 Oktober 2023.

Rentetan itu, AS sedang mengambil tindakan agak pantas dan tegas untuk menyasarkan pembiaya serta fasilitator Hamas susulan daripada pembunuhan beramai-ramai, ulas Setiausaha Perbendaharaan Janet Yallen dalam satu kenyataan.

Menurut Yaya Fanusie, bekas penganalisis Agensi Perisikan Pusat yang merupakan ketua anti pengubahan wang haram dan polisi risiko siber di Crypto Council for Innovation berkata AS telah menunjukkan bagaimana mereka harus mengejar sebarang penggunaan kripto oleh Hamas.

Memang tidak dinafikan AS hanya menyekat satu address dikaitkan Buy Cash, tetapi ia juga telah digunakan oleh broker pada berbilang blockchain termasuk Bitcoin (BTC), lapor firma analisis blockchain dipanggil Elliptic.

Firma tersebut turut mendapati bahawa address itu telah menerima mata wang kripto seperti BTC dan Tether (USDT) bernilai lebih $25 juta sejak tahun 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat