Tampil Sebagai Platform L2 Rangkaian Ethereum, Harga Polygon (MATIC) Meningkat 50%

803

Polygon (MATIC) menyaksikan pertumbuhan aktiviti pengguna dan transaksi yang memberangsangkan sejak dua bulan lalu.

Polygon merupakan platform untuk pembangunan infrastruktur dan penskalaan Ethereum.

Berdasarkan analisis bulan ini, harga MATIC pada 18 April didagangkan pada harga terendah $0.26 sebelum menyaksikan lonjakan 50% kepada $0.39 susulan daripada penerapan platform L2 yang mula meningkat.

Sebelum dikenali sebagai Polygon, platform ini umum dengan nama Matic Network. Penjenamaan semula rangkaian itu merupakan sebahagian usaha mereka menjadi pengagregat L2 bagi rangkaian Ethereum.

Sejak daripada itu, banyak projek berkaitan kewangan desentralisasi (DeFi) dan nonfungible token (NFT) berintegrasi dengan Polygon kerana cirinya yang laju, dan berkos rendah.

Antaranya: SushiSwap (SUSHI), Curve Finance (CRV), OpenSea, Decentraland (MANA) dan Aavegotchi (GHST).

Pada masa yang sama, aktiviti di pertukaran desentralisasi (DEX) menunjukkan peningkatan ekoran daripada lambakan projek yang tersedia di Polygon. Misalnya, IoTeX (IOTX), Everipedia (IQ), Gelato Network (GELATO), Just Bet (WINR) dan Umbrella Network (UMB).

Ketika penulisan MATIC didagangkan pada $0.42, meningkat lebih 17% dalam 24 jam. Jika rangkaian ini terus mencatatkan peningkatan kadar aktiviti, tidak mustahil harga MATIC juga akan meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat