Tangani Isu Bekalan Konsol, Sony Perkenalkan Inzone – Siri Perkakasan Komputer Baru

194

‘Perghh, semua industri permainan Sony nak menang ye.’

Konglomerat permainan video Jepun, Sony Corp secara rasminya melancarkan siri Inzone yang berfokuskan kepada pengeluaran perkakasan-perkakasan komputer bagi memenuhi permintaan penggemar permainan video.

Ia adalah langkah susulan yang dibuat syarikat bagi mengatasi isu kekurangan bekalan konsol permainan PlayStation 5 (PS5) di pasaran, selain usaha untuk menjadi salah satu pemain utama dalam industri permainan komputer.

Menyingkap rekod, bulan lepas pihak Sony telah memaklumkan bahawa syarikat akan melancarkan beberapa siri yang berfokuskan komputer dan peranti pintar memandangkan pengguna kini dilihat lebih terarah dalam industri tersebut.

Di bawah siri Izone, Sony memperkenalkan deretan perkakasan antaranya headphone yang boleh membantu pemain mengenal pasti kedudukan musuh, dijual pada tanda harga $99.99 dan monitor beresolusi 4K dengan kadar segar semula tinggi (high fresh-rate) pada harga $529.99.

Dalam pada itu, isu rantaian bekalan cip terus menyelubungi pasaran sehingga memberi kesan terhadap pengeluaran dan pendapatan syarikat-syarikat teknologi.

Sony juga tidak terkecuali apabila melaporkan hasil syarikat menurun pada tahun ini berbanding 2021, selain isu kekurangan pengeluaran PS5 yang menjatuhkan prestasi keseluruhan syarikat.

Perkara tersebut juga secara tidak langsung menyemarakkan api inflasi, yang diapit kriris pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Setakat penutupan sesi semalam, saham Sony bernilai 11,600 Yen atau $85.24 dan pada sesi pembukaan pagi tadi, ia merosot seiring aliran ekuiti lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat