Tanpa Binance & Tether, Pasaran Kripto ‘Game Over’!

290

Pengasas bersama memecoin terbesar Dogecoin (DOGE), Billy Markus atau lebih dikenali sebagai Shibetoshi Nakamoto berpendapat bahawa pasaran kripto bakal mengalami kejatuhan drastik jika syarikat Binance atau Tether menghadapi kemusnahan secara tiba-tiba.

Rentetan itu, Nakamoto telah memberi nasihat kepada kebanyakan individu agar membuat penyelidikan dahulu sebelum melabur sejumlah wang dalam sesuatu aset digital.

Malah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter Jack Dorsey turut bersetuju dengan pendapat Nakamoto tersebut dengan menyatakan bahawa kehancuran kedua-dua syarikat itu berpotensi memberi impak negatif kepada pasaran kripto.

Hal ini dapat diterangkan dengan mengambil contoh isu FTX yang kini masih disebut oleh ramai orang berikutan kegagalan syarikat exchanger kripto itu memulihkan kembali masalah yang ditimpanya dan telah mengakibatkan pasaran kripto menjunam teruk ekoran para pelabur berpusu-pusu menjual pegangan asetnya.

Meskipun begitu, mata wang kripto utama Bitcoin (BTC) masih mampu mengembangkan serta mengekalkan prestasinya di seluruh dunia walaupun keadaan pasaran sentiasa volatile.

Situasi berikut berlaku susulan negara seperti El Salvador atau republik Afrika Tengah melihat BTC sebagai tender yang sah dalam ekonominya manakala para pelabur pula percaya bahawa aset digital tersebut adalah lindung nilai terhadap inflasi.

Dalam pada itu, Binance bertindak menambah nilai Secure Asset Fund for Users (SAFU) kepada $1 bilion dan menstabilkan kunci kira-kiranya supaya para pelanggan tidak menerima tempias jika syarikatnya mengalami kecemasan.

Bukan itu sahaja, syarikat tersebut turut memperkenalkan dana pemulihan industri bagi menyokong sebarang projek yang berkemungkinan akan mengalami masalah pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat