Tanpa Dijangka, Ekonomi UK Lebih Kuat Pada Suku Akhir 2021
Ekonomi Britain tanpa dijangka berkembang lebih kuat pada suku keempat 2021 meskipun berdepan dengan penularan varian Omicron.
Terbaharu, Pejabat Perangkaan Negara (ONS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 1.3% pada suku keempat yang melebihi anggaran awal sebanyak 1.0% sebelum ini.
Industri perkhidmatan berkembang lebih cepat daripada yang dianggarkan ONS sebelum ini, manakala eksport juga menikmati lonjakan yang lebih besar.
Angka-angka itu juga menunjukkan kejauhan ekonomi ketika kemuncak wabak itu tidaklah seteruk yang disangkakan pada awalnya. Pada 2020, KDNK menyusut 9.3% berbanding 9.4% yang dianggarkan terdahulu.
Walaupun pemulihan pada tahun 2021 adalah lebih rendah daripada anggaran awal 7.5% dengan pertumbuhan 7.4%, tetapi secara keseluruhannya ia masih merupakan peningkatan terbesar dalam KDNK dalam tempoh satu tahun sejak Perang Dunia ke-2.
Menurut ONS, terdapat peningkatan ketara dalam pengeluaran untuk kesihatan manusia dan aktiviti kerja sosial, mencerminkan apa yang dilakukan oleh Perkhidmatan Kesihatan negara (IHS) untuk memerangi Covid-19.
Selain itu, terdapat juga lonjakan dalam aktiviti runcit dengan pengguna kembali ke kedai pada akhir tahun ketika orang ramai menjauhi restoran selepas varian Omicron muncul.