Tanpa Dijangka, Kadar Inflasi Australia Meningkat

252

Kadar inflasi Australia tanpa dijangka, mencatatkan peningkatan pada suku keempat 2020, walaupun negara itu kini mengalami kemelesetan pertama dalam tempoh hampir tiga dekad.

Biro Statistik Australia (ABS) mengatakan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.9 peratus pada suku Disember, iaitu bacaan tertinggi dalam tempoh tiga suku tahun itu.

Ini bererti harga pengguna masih meningkat di Australia tahun lalu, walaupun mengalami kejatuhan suku tahunan terbesar dalam sejarah 72 tahun pada suku kedua ketika CPI menguncup 1.9% setelah kerajaan memberi subsidi yuran penjagaan anak secara percuma dari April hingga pertengahan Julai untuk membantu keluarga yang terkesan akibat Covid-19.

Peningkatan harga pada suku Disember didorong oleh yuran penjagaan anak yang tidak lagi diberi subsidi, kenaikan cukai tembakau dan perjalan percutian domestik yang meningkat ketika sepadan negeri dan wilayah dibuka semula sempena perayaan Krismas.

Angka yang dicatatkan ini bagaimanapun masih jauh lagi daripada sasaran Reserve Bank of Australia (RBA) yang menetapkan sasaran pada 2-3% dalam jangka panjang.

Susulan itu, RBA yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada tahap terendah 0.1% untuk tiga tahun lagi pada mesyuarat polisi yang dijadualkan akan diadakan pada minggu depan.

Ketika penulisan, dolar Aussie didagangkan sedikit susut pada sesi Asia hari ini selepas melonjak tinggi disokong unjuran oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang positif terhadap pertumbuhan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat