Tanpa Gaji Yang Tinggi, 3 Tips Ini Boleh Bantu Anda Elak Dari Kesempitan Wang!

1,096

Tahukah anda bahawa anda boleh mengelakkan diri daripada masalah kesempitan wang walaupun tidak memiliki gaji yang tinggi? Hakikatnya, anda hanya perlu mula menyimpan wang lebih awal dan berhati-hati dalam jumlah ringgit yang dibelanjakan!

Jangan risau, 3 tips ini dapat membantu anda!

#Mula menabung dari sekarang

Salah satu cara mudah untuk mengatasi masalah berkenaan adalah dengan membuat simpanan wang lebih awal. Cuba bayangkan jika anda sudah mula menabung sejak berusia belasan tahun lagi, agak-agak berapakah jumlah simpanan anda sekarang?

Jangan gusar! Masih belum terlambat untuk anda menyimpan, jom mulakan sekarang! Tetapi, anda perlu ingat bahawa wang simpanan tersebut mestilah disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Jangan gunakannya selagi belum tiba masa yang sepatutnya!

Disiplinkan diri anda untuk terus membuat simpanan secara tetap setiap minggu atau pun bulan. Adalah lebih baik jika anda sudah menetapkan berapa peratus daripada jumlah pendapatan yang diperolehi untuk menabung.

#Elakkan membelanjakan wang untuk perkara yang tidak perlu

Sebelum membuat pembelian apa-apa barang, tanya dahulu kepada diri sendiri ‘adakah anda benar-benar memerlukannya?’ Senaraikan keperluan anda mengikut keutamaan. Hal ini demikian kerana senarai tersebut dapat membantu anda untuk berbelanja dengan bijak dan tidak membazir.

Elakkan diri anda daripada mudah terpengaruh dengan jualan murah atau iklan-iklan produk di mana-mana medium media sosial.

#Jana lebih banyak wang

Dengan kemajuan dunia hari ini, terdapat pelbagai inisiatif yang dapat anda lakukan untuk menjana pendapatan tambahan. Hanya dengan duduk di rumah dan menggunakan akses internet, anda sudah mampu untuk memperoleh keuntungan berganda seperti menjalankan perniagaan atas talian, melibatkan diri dalam forex trading, melabur atau sebagainya.

Bukan itu sahaja! Gunakan peluang untuk melakukan kerja lebih masa bagi mendapatkan lebihan wang. Jangan jadikan sifat malas anda sebagai alasan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat