Tarif Ditangguh Pelaksanaan, Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

121

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan awal pagi ini dengan 0.32% berikutan perkembangan terbaru mengenai perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China iaitu penangguhan pelaksanaan tarif terhadap sebahagian barangan import China.

Indeks penanda aras utama FBM KLCI naik 5.08 mata kepada 1,597.96 dengan jumlah dagangan 477.25 juta unit bernilai RM180.87 juta.

Secara keseluruhannya di pasaran, 356 kaunter untung mengatasi 95 kaunter rugi manakala 168 kaunter tidak berubah.

Sentimen pasaran Asia positif seiring dengan situasi di pasaran global selepas penangguhan tarif ke atas China diumumkan supaya peniaga dan pengguna di Amerika Syarikat tidak terbeban menjelang musim perayaan.

Keadaan ini menyebabkan Nikkei Jepun naik 0.85% manakala Indeks Komposit Shanghai menokok 0.95% dan Kospi Korea Selatan meningkat 1.02%.

Bagi pasaran tempatan yang meraih keuntungan iaitu Public Bank menokok 12 sen kepada RM20.86, Maybank naik 3 sen kepada RM8.59, dan CIMB raih 5 sen kepada RM5.05.

Selain itu, Allianz naik 26 sen kepada RM13.80, Tenaga Nasional meningkat 12 sen kepada RM13.72 dan Petronas Chemical naik 8 sen kepada RM7.32.

Sementara itu, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 4.1850/1900 daripada 4.1960/1990 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding yen 3.9340/9398 daripada 3.9905/9945 dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.0450/0515 daripada 5.0633/0703.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat