Tarikh Akhir Perbincangan Langkah Pencegahan Covid-19 Di A.S Semakin Dekat! Ini Perkembangan Terkini!

635

Para pegawai atasan bagi pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk adakan lebih banyak rundingan dengan Kongres Republikan dan Demokrat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan.

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan ketua kakitangan Rumah Putih Mark Meadows mengatakan bahawa kedua-dua belah pihak akan berunding di Capitol. Walaubagaimanapun pertemuan setakat ini kedua belah pihak masih berbalah dan berbeza pandangan dalam menentukan langkah terbaik untuk menangani impak wabak Covid-19.

Bantuan dana pengangguran sebanyak $600 per minggu untuak 10 juta rakyat Amerika yang telah kehilangan pekerjaan akan berakhir pada hari Jumaat. Penawaran moratorium yang ditawarkan oleh persekutuan telah berakhir pada Jumaat lalu sehingga menyebabkan ramai rakyat Amerika berisiko untuk kehilangan tempat berteduh.

Setakat ini Kongres telah menawarkan pakej rangsangan dana bantuan berjumlah $ 3 trilion sebagai inisiatif untuk mengurangkan kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi. Dewan perwakilan yang dipimpin oleh Demokrat telah meluluskan rancangan yang bernilai $3 trilion lagi pada bulan Mei, namun Senat Republikan telah menolah usulan tersebut. Waima pihak Republikan mengusulkan pelan tersendiri bernilai $1 trillion.

Mnuchin dan Meadows mengatakan bahawa kedua-dua belah pihak setakat ini belum mencapai kata sepakat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat