Taufan Ian Membadai Teluk Mexico, Apa Jadi Pada Harga Minyak?

143

Harga minyak terus menderita susulan pengukuhan US dolar yang berterusan dengan laporan terbaharu mengenai bekalan minyak mentah Amerika Syarikat turut menambah tekanan buat komoditi hitam itu.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan suram pada $85 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula susut sekitar $77 setong.

US dolar telah mencatat rekod ketinggian baharu 20 tahun berbanding mata wang utama lain yang disokong pendirian hawkish Federal Reserve (Fed).

Dolar yang kukuh mengurangkan permintaan minyak dengan menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain.

Sementara itu, bekalan minyak mentah AS meningkat 4.2 juta tong pada minggu lalu, dengan data Institut Petroleum Amerika (API) turut melaporkan penurunan dalam inventori petrol sekitar 1 juta tong.

Ini menunjukkan permintaan yang perlahan di ekonomi gergasi itu, sekali gus membantu mengimbangi kehilangan pengeluaran yang terhenti akibat taufan Ian.

Kira-kira 190,000 tong sehari atau 11% pengeluaran minyak telah berkurang akibat penutupan infrastruktur di Teluk Mexico akibat taufan yang melanda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat