Tealive Tidak Mahu Mengaku Kalah

757

Isu antara Tealive yang dimiliki oleh Loob Holding Sdn Bhd dan Chatime yang dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Taiwan La Kaffa International Co Ltd masih berlum berakhir.

Semalam iaitu pada Khamis, Loob telah memfailkan rayuan terhadap Mahkamah Persekutuan supaya menarik balik arahan untuk menutup kesemua oulet kedainya di seluruh Malaysia.

Hal ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permintaan Loob untuk meneruskan operasi perniagaan Tealive mereka yang melarang ia daripada menyaingi perniagaan Chatime di Malaysia untuk tempoh dua tahun.

Mahkamah Rayuan telah mengarahkan Loob Holding menutup kedai-kedai Tealive miliknya apabila diputuskan bersalah terhadap La Kaffa. La Kaffa menyatakan bahawa Loob Holding telah melanggar perjanjian di bawah Seksyen 27 Akta Francais 1998.

Ada dua perjanjian yang telah dilanggar oleh Loob Holding iaitu menangguhkan bayaran royalti dan juga menggunakan bahan-bahan yang tidak diluluskan oleh La Kaffa.

Dilaporkan, peguam Loob Holding telah membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan pada pagi 5 Julai untuk mengekalkan status quo mereka.

Tealive mempunyai 161 cawangan di seluruh negara dan penutupan francais tersebut dijangka memberi kesan kepada 800 pekerja sedia ada.

Dalam masa yang sama Aliza Ali Pengarah Urusan Chatime Malaysia mengalu-alukan outlet yang terkesan untuk kembali beroperasi bersama Chatime dan begitu juga kepada bekas-bekas staf.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat