Teguk Kopi Dulu, Berita Ini Akan Buat Pelabur Resah Gelisah!

298

Lambakan data penting berkenaan keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain pada minggu ini mendorong rali mengejut kepada ekuiti semasa penutupan Jumaat lalu.

Difahamkan bahawa beberapa laporan pendapatan korporat yang cemerlang turut mendorong keyakinan pelabur melakukan pembelian pada ekuiti menjelang mesyuarat dasar monetari (FOMC) minggu ini.

Rentetan itu semasa penutupan Jumaat Wall Street menyaksikan pengukuhan dengan Dow Jones Industrial naik 2.59% pada 32,861.8 sementara S&P 500 canak 2.46% pada 3,901.06 dan Nasdaq Composite tambah 2.87% pada 11,102.45.

Mengulas keadaan ekuiti pada Jumaat, Ryan Detrick iaitu pakar strategi pasaran dari Carson Group mengatakan catatan tersebut merupakan yang terbaik dalam beberapa bulan lepas.

Tambahnya lagi bahawa ia adalah Jumaat ke-2 di mana pelabur dilihat terus membeli dan perkara ini mencadangkan kemungkinan pasaran bearish menghampiri penamatnya.

Situasi di Asia pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun naik 1.32%, Topix canak 1%, Kospi Korea Selatan tambah 0.59%, Kosdaq lonjak 0.83% sementara S&P/ASX 200 Australia raih 1% dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun raih 0.3%.

Dalam pada itu, tumpuan utama pelabur pada minggu ini tentunya terarah kepada FOMC yang akan menyaksikan pelaksanaan kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) pada 3 November.

Di sini pelabur mengharapkan bank pusat AS akan kurang agresif dengan kadar faedahnya, di mana alat pengukur CME FedWatch memperlihatkan 80% peluang Fed menaikkan kadar antara 3.75% ke 4%.

Turut menjadi igauan pelabur adalah data pembuatan dan perkhidmatan tinjauan ISM, data pembukaan pekerjaan, data ADP serta NFP termasuk data pengangguran.

Di sisi berbeza, terdapat juga pelaksanaan kenaikan kadar di Australia, kadar pengganguran New Zealand dan beberapa data utama di Britain dan Switzerland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat