Tekan Pedal Minyak Ke Web3, Porsche Bakal Lancarkan NFT!

281

Pengeluar kenderaan mewah dan berprestasi tinggi, Porsche enggan ketinggalan di belakang dalam mendalami Web3 dengan melancarkan koleksi non-fungible token (NFT) sendiri pada bulan Januari tahun depan.

Diterangkan lebih terperinci bahawa NFT tersebut mempunyai 7,500 unit yang akan dijual di lokasi terletaknya model kereta Porsche 911.

Manakala, setiap pembeli NFT tersebut akan mempunyai reka bentuk berbeza berdasarkan pemilihan masing-masing daripada tiga tema lagu berlainan, antaranya Performance, Heritage atau Lifestyle.

Menurut laman web Porsche NFT, penjualan NFT itu akan dilaksanakan melaui empat fasa minting sementara individu-individu yang berhasrat menyertai kumpulan whitelist harus menghadiri acara Porsche di Art Basel Miami untuk menerima token protocol proof-of-attendance.

Suka dimaklumkan juga bahawa Porsche akan mendedahkan informasi berkaitan harga NFT tersebut dan lain-lain dengan lebih mendalam pada acara terbesarnya yang dinamakan “The Gateway: A Web3 Metropolis”.

Dalam pada itu, para pembeli yang ingin membeli NFT tersebut haruslah pada platform MetaMask, Coinbase Wallet dan Wallet Connect yang membenarkan sambungan melalui pelbagai wallet berbeza.

Para pembeli NFT Porsche 911 akan mendapat pelbagai manfaat seperti pengalaman unik mengenai digital serta keupayaan berhubung bersama individu di dalam discord Porsche tersebut.

Keseluruhannya, projek Web3 Porsche berikut bermatlamat untuk kembangkan lagi komunitinya dengan memperkenalkan koleksi NFT tersendiri yang mampu memberi pelbagai kebaikan kepada para pelanggan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat