Tekanan COVID-19, British Airways Kumpul Dana!

218

Susulan daripada penularan wabak coronavirus, kebanyakan industri perniagaan mula terjejas. Lebih-lebih lagi, apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang mengakibatkan semua sektor perniagaan ditutup. Selain itu, industri penerbangan juga menerima nasib yang sama. Majoriti syarikat penerbangan di seluruh dunia berdepan dengan krisis serta kehilangan sumber pendapatan.

British Airways yang merupakan syarikat penerbangan terkemuka British didakwa terpaksa mengadakan jualan beberapa hasil karya seni yang bernilai jutaan pound bagi mengumpulkan dana. Terdapat beberapa koleksi yang dijual termasuk karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig. Setiap satu daripadanya didakwa berharga lebih $1 juta dolar. Melalui aktiviti jualan tersebut, kira-kira 10 karya seni berjaya mencuri tumpuan pembeli.

Sebelum ini, syarikat penerbangan itu dikatakan terjejas akibat daripada penurunan jumlah penerbangan. Oleh yang demikian, jumlah kakitangan terpaksa dikurangkan bagi menampung kos operasi. Menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Alex Cruz mendedahkan bahawa syarikat itu mengalami krisis kekurangan aliran tunai dan masalah tersebut mungkin dapat diselesaikan dengan melaksanakan penstrukturan semula perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat