Tekanan COVID-19, Uber Buang Pekerja!

260

Berikutan dengan penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 di seluruh dunia telah memberikan impak yang besar terhadap ekonomi global. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan negara mula mengeluarkan perintah berkurung dan memaksa penutupan sektor perniagaan. Uber yang merupakan salah sebuah syarikat e-hailing terkemuka yang berpangkalan di San Francisco ini juga turut terkesan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Dara Khosrowshahi, syarikat tersebut telah pun berhadapan dengan kemerosotan sejak penularan wabak pandemik, COVID-19. Oleh yang demikian, syarikat itu terpaksa mengkaji semula struktur perniagaan mereka. Tambahan daripada itu, sejak awal tahun ini, Uber telah membuang seramai 3,700 tenaga kerjanya.

Selain itu, mereka juga terpaksa menjalankan proses penutupan dan penggabungan sebanyak 45 pejabat globalnya. Di samping itu, Uber juga menutup operasi Bahagian Pembangunan Produk dan Perkhidmatan serta Unit Kerja Kecerdasan Buatan mereka.

Untuk pengetahuan semua, syarikat e-hailing terkemuka ini telah mencatatkan kerugian sebanyak $2.9 bilion dolar pada suku awal tahun 2020. Ianya juga mengalami kemerosotan sehingga 80% khususnya bagi perkhidmatan e-hailing yang merupakan sumber utama pendapatan mereka.

Terkini, berikutan dengan penurunan permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanannya, Uber sekali lagi terpaksa membuang seramai 3,000 pekerja serta menjadikannya sebagai gelombang pemberhentian pekerja kedua terbesar dalam tempoh 2 minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat