Tekanan Gaji Adalah Punca Salah Laku Yang Berlaku di Bank Terkemuka Dunia Ini!

101

Pada Khamis, seorang pengawal selia kewangan terkemuka di dunia berkata bahawa bank-bank harus memantau cara mereka memberi gaji dan ganjaran kepada pekerja. Perkara ini penting untuk menggalakkan mereka lebih bermotivasi dan mematuhi etika sewaktu menjalankan tugas mereka.

Presiden Fed New York, William Dudley berkata bahawa ganjaran yang setimpal akan memandu tingah laku yang baik. Dudley berkata demikian ketika berucap di persidangan Fed New York yang bertajuk “Reforming Culture and Behavior in The Financial Services Industry”.

Komen itu dikeluarkan apabila memetik salah laku yang berlaku dalam kalangan pekerja bank di Wells Fargo. Skandal itu merupakan salah satu penyelewengan terbesar yang pernah berlaku dalam dunia perbankan di seluruh dunia.

Pekerja Well Fargo menyifatkan salah laku itu berlaku kerana mereka menghadapi tekanan dan boleh dibuang kerja jika tidak mencapai sasaran jualan yang dianggap sangat tidak realistik. Tekanan ini juga yang menyebabkan mereka membuka akaun palsu.

Warren Buffet Kerugian Hampir $1.4 Billion Gara-Gara Isu Yang Berlaku di Wells Fargo

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat